TAHNIAH C.T

Tahniah C.T (kamu tahu siapa diri kamu)

Atas Graduasi kamu.

Saya amat2 berbangga dengan kamu.

 

Comel!

Encik Coach

1st november 2010

jitra, kedah

1 Comment

Filed under Lain-lain

Kahwin-Rezeki-Beliau


Salam,

Baru-baru ini saya ada menulis tentang ‘Perkahwinan Membuka Pintu Rezeki‘ yang menceritakan bagaimana dengan niat ikhlas untuk berkahwin tanpa meletakkan benchmark yang tinggi untuk menentukan masa untuk kita kahwin itu sangatlah penting untuk keberkatan.

Saya ada mendengar sebuah kisah dari seseorang dan ingin berkongsi kisah beliau dengan pembaca2 sekalian.

Alhamdulillah, beliau masih belum berkahwin, tetapi masih mendapat rasa peluang untuk mendapat rezeki tersebut. InsyaALLAH.

Beliau hanya orang biasa datang dari keluarga orang biasa. Dari segi akademik, beliau hanya boleh dikelaskan peringkat ‘average’. Dari segi kokurikulum pun tidak seaktif mana.

Sebelum menghabiskan degree, beliau sangat merisaui bagaimanalah keadaannya selepas habis belajar untuk mendapatkan kerja. Maklumlah, dengan keadaan ekonomi sekarang yang menyebabkan ramai yang menganggur walaupun sudah mencapai tahap degree. Tetapi dengan kebergantungan beliau dengan Allah, beliau meyakini rezekiNYA.

Hendak dijadikan cerita, sesudah menghabiskan degree di salah sebuah universiti di luar negara, beliau pulang ke rumah dengan masih lagi tiada pekerjaan sedangkan pada masa itu, semua rakan2 sepengajian masing2 sudah mendapatkan kerja di syarikat yang besar.

Pada masa yang sama, semasa pulang ke Malaysia, beliau juga telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan dan pada masa tersebut sudah ditetapkan bila dan bagaimana perkahwinan itu akan diadakan. Kalau nak diikutkan secara logik akal, beliau membuat kerja yang bahaya kerana, masih tiada kerja yang tetap tetapi sudah berfikir untuk berkahwin.

Tetapi disitulah letaknya keyakinan kita terhadap Allah sebagai ‘Al Razzaq’ iaitu pemberi rezeki. Tambahan pula, Allah telah menjamin kepada mereka2 yang ‘miskin’ (tetapi mampu untuk kahwin), akan diberikan rezeki, rujuk Surah An-Nur : Ayat 32.

Jadi dengan niat yang ikhlas ingin menunaikan sunnah rasullulah ini dan yakin dengan jaminan Allah dalam ayat tersebut, beliau berani untuk mengikat seorang ‘puteri’ sedangkan pada masa itu saya masih lagi tiada perkerjaan.

Dengan keyakinan sahaja tidak cukup jika tidak diselingkan dengan usaha. Selepas beliau pulang dari niversity dengan kelayakan degree, beliau berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Pada masa yang sama beliau berdoa kepada Allah agar diberikan kerja yang terbaik dan berkat untuknya.

Sudah berbulan2 berlalu, dengan usaha yang gigih memohon hampir 100 pekerjaan melalui surat pos, emel dan melalui laman jobstreet, beliau masih lagi tidak mendapat panggilan dari mana syarikat yang berminat. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha memohon pekerjaan kerana memikirkan apakah yang ingin diberikan kepada isterinya jika sudah berkahwin nanti.

Hinggalah bulan ke 5 pengangguran beliau, beliau hanya mendapat 3 panggilan dari lebih kurang 100 permohonan yang dibuat. Walaupun sedikit, beliau merasa amat bersyukur dan berazam untuk membuat yang terbaik untuk interview di firma2 tersebut.

Tetapi,  dengan kuasa Allah sebagai pemberi rezeki. Beliau dikurniakan nikmat mendapat interview dari 3 syarikat yang besar iaitu Citybank, Schlumberger dan Khazanah Nasional Bhd. Sedangkan tidak pernah terfikir diminda beliau untuk bekerja di syarikat2 yang besar. Baginya, cukuplah sekadar mendapat pekerjaan pun sudah menjadi kepuasaan baginya.

Akhirnya, dengan izin dan rahmat dari Allah, Allah menunaikan janjinya di Surah An Nur ayat 32 (rujuk di awal artikel ini huraian ringkas). Beliau ditakdirkan mendapat pekerjaan sebagai seorang akauntan di syarikat Schlumberger Business Hub Sdn Bhd. Kalau nak dikirakan gaji, lebih tinggi daripada gaji seorang fresh graduate di firma2 lain. Untuk rujukan, klik link ini untuk mengetahui ranking tentang syarikat tersebut.

Sebagai kesimpulannya, tujuan saya menceritakan kisah sahabat ini, adalah untuk menunjukkan bahawa, kekuatan dan kehendak Allah sahajalah yang dapat menentukan ke mana rezeki kita. Yang penting usaha, doa, tawakkal dan yakin dengan janji2nya.

Secara sunnatullah, orang yang pandai akan mendapat perkerjaan gaji yang lebih tinggi daripada orang yang kurang pandai. Tetapi disinilah pentingnya penerapan  penjagaan dalam aspek syariatullah, dalam konteks artikel ini, dengan keyakinan beliau atas janjinya dalam surat AnNur ayat 32 dan kebergantungan terhadapNYA, menyebabkan Allah sangat sayang dan memberikan rezeki lebih kepadanya.

Maka yakinilah perkahwinan itu sememangnya akan membuka pintu rezeki anda.

ibnulatef

ampang

23. 10. 2010

Perkahwinan Membuka Pintu Rezeki

Leave a comment

Filed under Pengalamana, Renungan

Perkahwinan Membuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum, sebagai muqaddimah saya sertakan ayat Quran [Surah AnNur : 32] diatas untuk pembaca semua hayati, insyaALLAH, lanjutan daripada ayat Quran ini, saya akan terangkan pendapat saya berlandaskan perbualan2 dangan ustaz, pembacaan buku agama dan juga pendengaran ceramah saya tentang hal ini.

Saya mahu berkahwin, si dia mahu berkahwin, anda semua ingin berkahwin, setiap manusia mempunyai keinginan untuk berkahwin. Memang sudah ditetapkan Allah, manusia sejak zaman nabi adam sekalipun mempunyai keinginan bersama-sama berkongsi hidup dengan pasangan berlainan jantina. Begitulah lumrah manusia yang Allah ciptakan.

Tetapi, yang menjadi masalah si bujang dan si dara di zaman kita sekarang ini, ialah bilakah sepatutnya kita berkahwin. Ada yang mengatakan :

‘saya perlu jadi soleh dulu, baru saya nak kahwin’.

Ada pula yang berkata :

‘saya perlu kumpul harta, sekurang2nya kereta, rumah, jawatan yang berpendapatan sekian2’

dan berbagai alasan lagi untuk melambatkan perkahwinan, sedangkan kalau mengikut hukum, mereka sudah sampai tahap SUNAT berkahwin.

Sunat berkahwin yang dimaksudkan disini ialah seseorang itu sudah berkemampuan untuk berkahwin ‘mentally and phisically‘ seperti sudah menghabiskan pelajaran, sudah mendapat kerja dan mendapat izin ibubapa. (Namun perkara subjektif mengikut keadaan dan zaman).

Dengan berdasarkan ayat Quran di atas, saya berpendapat, kita tidak perlulah sangat memikirkan tentang rezeki kita bagi menentukan bila kita akan kahwin. Jika sudah mendapat kerja gaji tetap dan menghabiskan pelajaran, cukup asas2 ilmu agama dan hal rumahtangga, sudah memadai untuk menjadikan kita bersedia masuk ke alam perkahwinan.

Rezeki milik Allah, Dialah sahaja yang berhak untuk menentukan sebanyak mana rezeki yang kita ada. Sememangnya usaha, doa dan tawakal perlu ada untuk mendapatkan rezeki, tetapi tidaklah sampai kita perlu merisaui berapa banyakkah rezeki yang kita dapat, kerana rezeki setiap manusia sudah ditetapkan Allah. Cuma, perkara yang perlu menjadi kerisauan kita ialah bagaimanakah kita ingin mendapatkan keberkatan dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Bagaimanakah untuk mendapatkan keberkatan rezeki? Dengan berkahwin?

Ya, kerana dengan berkahwin, bukan sahaja rezeki yang kita menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas2nya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama.

Bagaimana pula dengan berkahwin boleh memberkati rezeki kita?

Dengan berkahwin segala apa yang kita buat untuk ‘si dia’ atas dasar kasih sayang, akan menjadi pahala. Bukankah setiap perkara yang berkat membolehkan kita mendapatkan pahala?.  Begitu juga duit (rezeki) yang kita belanjakan untuk ‘si dia’ (yakni isteri) menjadi pahala kerana kita telah memberi nafqah yang diwajibkan oleh ALLAH. Tidakkah itu membuahkan hasil berkat?

Sebaliknya, jika kita belum berkahwin, segala perkara yang kita buat  kepada ‘si dia’  atas dasar maksiat kemungkinan besar akan membuahkan hasil dosa. Begitu juga duit (rezeki) yang dibelanjakan untuk si dia (yakni awek dan gf & bf) berkemungkinan akan menjadi dosa disebabkan kita mengeluarkan duit di tempat yang tak sepatutnya. Tidakkah itu dikatakan tidak berkat?.

Jadi, jika sudah mampu, mengapa tidak sahaja kita men ‘convert‘ kan segala dosa maksiat yang kita dapat kepada pahala nafqah melalui perkahwinan?

Atas masalah nak tunggu betul2 senang dan mewah, baru mahu berkahwin pula, saya berpendapat, sekiranya kita sudah mampu dengan sekadarnya (seperti sudah menghabiskan pelajaran, mendapat kerja dan calon yang baik dan juga restu ibubapa), sebaik-baiknya, langsungkanlah sunnah perkahwinan. Tidak perlulah nak tunggu 2 3 tahun, nak tunggu betul-betul senang, (seperti ada kereta, rumah sendiri dan gaji setinggi tertentu) baru mahu melangsungkan perkahwinan.

Mengapa ya?

Kerana rezeki kita diatas kehendak Allah untuk memberi atau tidak. Berdasarkan ayat yang saya sertakan diatas, Allah dengan jelas memberi jaminan ‘jika mereka miskin Allah akan memampukan dengan kurnianya’. Bermaksud disini, Allah akan membuka pintu rezeki dengan seluas2nya. Itu jaminan Allah. Boleh jadi dengan perkahwinan, Allah akan memberikan rezeki kepada kita dengan tidak disangka2 sumbernya jika kita kita bertaqwa kepadanya.

Seperti firman Allah dalam Surah Attalaq, ayat 2 dan 3 :

Sebaliknya, berkemungkinan Allah akan tutup pintu rezeki kita dengan sesempit2nya, jika kita melengah2kan perkahwinan hanya kerana ingin mengejar impian keduniaan dahulu.

Biar betul? Mengapakah begitu?

Ya, atas dasar kemahuan fitrah dan lumrah manusia memerlukan pasangan dan ia dilakukan diluar perkahwinan akan mengundang pelbagai perkara2 maksiat yang kita sedar dan tidak sedar. Dalam Islam, ‘muamalat’ atau pergaulan banyak dihadkan disebabkan oleh perbezaan jantina yang bukan muhrim. Sehinggakan, dua manusia yang berlainan jantina yang bukan muhrim tidak boleh berhubung di antara satu sama lain, melainkan dengan ‘maslahat’ atau sebab2 yang tertentu.

Jadi, jika berhubung dengan si dia, sedangkan tidak ada satu alasan pun yang dapat menghalalkan mereka untuk berhubung, tidakkah itu dikira maksiat? Jika ia dikira maksiat, maka pastilah akan dimurkai Allah. Dengan pastinya, Allah akan menyempitkan lagi kehidupannya termasuk rezekinya, seperti firman Allah didalam Surah Thaha, ayat 124 :

Untuk menyimpulkan perbincangan saya, saya menasihati rakan2 sekalian, untuk tidaklah merisaui sebanyak mana rezeki yang kita dapat jika kita berkahwin. Tidaklah perlu meletakkan kesenangan dan kemewahan hidup didunia ini untuk melayakkan kita untuk berkahwin.

Cukuplah dengan meletakkan ‘benchmark‘ untuk kita berkahwin dengan sekadarnya. Kerana pintu rezeki pastinya akan terbuka luas, jika kita ‘mendirikan masjid’ atas dasar taqwa kepada Allah. Sebaliknya, jikalah habuan dan kesenangan dunia yang menjadi ‘benchmark‘ untuk kita berkahwin, belum tentu kita akan hidup bahagia. Fikir2kanlah.

Pesanan penaja : Pendapat ini hanyalah datang dari hamba Allah yang lemah dan yang belum merasai nikmat perkahwinan. Jika ada tersalah silap, saya mengakuinya. Niat saya adalah untuk membetulkan persepsi masyarakat ke atas makna sebenar perkahwinan. Kepada mereka yang sudah berkahwin, saya sangat mengharapkan pendapat anda semua atas perkara ini untuk sama2 kita berbincang dan membetulkan cacat cela artikel ini seterusnya berdakwah kepada masyarakat.

Ibnulatef aka Encik C

4/9/10

Ampang

6 Comments

Filed under Renungan

Kita Sepatutnya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :

Menolak ajakan kita untuk keluar.

Tidak selalu mengadu kesedihannya.

Cemburu pada tempatnya.

Mengajak kita untuk bertahajud.

Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar2nya.

Mengingatkan kita atas dosa2 yang kita tidak sedari.

Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.

Menahan dari melafazkan kata2 cinta yang tidak hak kepada kita.

Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :

Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.

Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pon mengadu.

Cemburu buta sampaikan marah walaupon sedikit.

Mengajak kita ke majlis2 maksiat.

Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.

Mengajak kita membuat dosa.

Menangguh pernikahan semata2 untuk mengejar kesenangan dunia.

Selalu melafazkan kata2 cinta setiap hari.

Encik C

Ampang

02092010

Leave a comment

Filed under Renungan

It’s Over

Alhamdulillah, saya telah menghabiskan perjuangan di university of leeds dengan ditutupi tirai oleh kertas peperiksaan ‘taxation’. Selama 3 tahun mengerah keringat disini, memori tidak akan luput dari ingatanku. Kini, bakalku lalui ke dunia yang baru. Kuatkanlah semangatku untuk menghadapinya Ya Rabbul Izzati.

Sebagai tanda kenangan, kusemadikan ID Student Card aku diblog ini.

InsyaALLAH, ini adalah kali terakhir aku memegang kertas exam di Univ ini

Suasana luar dewan peperiksaan sebelum paper taxation

Pelajar2 menunggu untuk dipanggil masuk ke dalam dewan.

Ibnulatef

03062010

Leeds

Leave a comment

Filed under Pengalamana

Final Exam Timetable

Doakan kejayaanku. Amin.

sentiment_dunker

Leeds

10032010

1 Comment

Filed under Pengalamana

Kad Penghargaan Dari Iluvislam

Salam,

Saya baru sahaja mendapat surat dari Iluvislam. Dalam surat tersebut berisi kad penghargaan dari presiden Iluvislam.com. Berikut adalah gambar kad tersebut.

Kad tersebut digantung dihadapan meja kerjaku.

ibnulatef

Leeds

03022010

Leave a comment

Filed under Pengalamana

KCB vs SCB

Kedua-dua buku ini pernah kubaca.

Kamu dah membaca ini?

Kalau dah, cuba baca buku ni plak.

Kedua-dua buku menarik, tetapi dengan pendekatan masing-masing.

Selamat membaca!

sentiment_dunker

Leeds

23022010

Leave a comment

Filed under Pengalamana

Dapat VS Beri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam,

Terdetik hendak menulis artikel yang kemungkinan ada kena-mengenanya dengan diri ini dan sahabat-sahabat lain.

Atas inspirasi ‘quote’ dari saifulislam (Ust Hasrizal) dalam blognya, ‘Erti Hidup Pada Memberi’ , saya terpanggil untuk mengulasnya berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman sendiri.

Mengapa terkadang kita tidak rasa puas hati kepada rakan, keluarga atau teman yang hidup, bekerja, tinggal bersama-sama kita jika sedikit kesilapan berlaku. Mengapa kita selalu merungut apa yang sepatutnya kita dapat? tanpa memikirkan apa yang sepatutnya kita berikan.

Contoh 1:

Sahabat kepada sahabat.

Kadang-kadang kita ada rasa tak puas hati, sebab sahabat kita tidak pandai menjaga hati kita, tidak melakukan perkara yang sepatutnya mereka lakukan terhadap kita.

Sebagai contoh, kamu tinggal di asrama bersama sahabat-sahabat lain, bermakna anda tinggal satu bumbung dengan mereka. Tetapi bila anda pulang dari kelas, anda lihat rumah anda bersepah, tiada siapa yang mengemaskannya. Anda terus merungut dan merungut, memarahi rakan-rakan anda sehinggakan ikatan persahabatan anda semakin longgar atas perkara ini. Sedangkan rumah anda masih dibiarkan bersepah.

Mengapa tidak anda berlapang dada dan bersangka baik kepada sahabat anda. Mungkin mereka tidak mempunyai masa untuk mengemasnya, jika anda sendiri membantu untuk mengemaskannya. Tidak timbullah masalah-masalah yang disebutkan tadi iaitu rumah terus bersepah, hubungan semakin renggang dan sebagainya.

Bahkan, oleh kerana pengorbanan anda tersebut, anda mendapat keberkatan dan pahala, sahabat anda akan lebih tersentuh atas kemuliaan hati anda dan mungkin mereka sendiri akan faham, dan mereka sendiri akan mengemasnya selepas ini. Kan cantik akhlak mulia ini, akhlak inilah yang di tunjukan oleh Rasulullah SAW, sehinggkan islam boleh sampai kepada kita.

Contoh 2:

Suami kepada Isteri atau sebaliknya, ataupun yang seumpama dengannya.

Sebagai seorang suami atau isteri, kita mestilah berpegang kepada prinsip hidup untuk memberi. Sekiranya kedua-kedua belah pihak berpegang pada prinsip ini, maka tiadalah akan berlaku masalah penceraian. Banyak kita dengar di media-media, berlakunya penceraian, permohonan fasakh dan sebagainya. Ini disebabkan oleh mereka berkahwin untuk mendapatkan hak mereka lebih dari memikirkan apa hak-hak yang mereka perlu penuhkan. Jika berlaku konflik sedikit, terus mencari jalan mudah dengan cara perpisahan (Nauzubillah).

Jikalaulah perkahwinan itu dibina dengan asas untuk menunaikan hak masing-masing, maka insyaALLAH, perkahwinan tersebut akan mendapat keberkatan dan berkekelan insyaALLAH. Contoh cerita yang dikongsikan disini (cerita ini juga diambil dari ceramah Ust Hasrizal) ialah apabila si suami dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat berkerja, didalam kereta, si suami menjangkakan apa yang isterinya sediakan dirumah, dia merasakan dia patut mendapat layanan baik dari isterinya sejurus selepas sampai ke rumah.

Menjangkakan, makanan tersedia, senyuman isteri dihadapan pintu menunggu si suami dan lain-lain. Si isteri pula menjangkan sesuatu dari suaminya semasa pulang dah haknya ditunaikan selepas penat lelah si isteri menjaga anak dan rumah. Apabila si suami tersebut melihat isterinya tidak melakukan apa yang si suami jangkakan, maka, masing-masing bermasam muka. Hubungan pun menjadi renggang.

Apa salahnya kalau kedua-dua belah pihak tidak menjangkakan haknya ditunaikan, tetapi berusaha untuk menununaikan hak pasangan mereka? Si suami semasa pulang ke rumah pulang ke rumah memberikan senyuman kepada si isteri, si isteri bersedia untuk menyambut kepulangan suaminya dengan sambutan kasih sayang. Maka, suasana mahabbah (kasih sayang) bertambah, rumahtangga bahagia. Hubungan suami isteri semakin rapat.

Saya harap anda nampak perbezaan antara dua keadaan tersebut :

1- Apabila seseorang menjangkakan haknya ditunaikan (menerima).

2- Apabila seseorang menjangkan hak orang lain, dia perlu tunaikan (memberi).

dan boleh nampak kesannya masing-masing.

Jadi sebagai penutup, saya ingin mengajak rakan-rakan memikirkan setiap apa hak orang lain perlulah ditunaikan. Jangan hanya menjangkakan orang lain untuk menunaikan hak kita.

ibnulatef

Leeds

23022010

2 Comments

Filed under Renungan

Tahu, Mahu dan Jihad

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Artikel ini diambil dari blog saya yang lama.

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a’bid iaitu hamba, daei’ iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??

ibnulatef

Leeds

22022010

Leave a comment

Filed under Uncategorized