Mencarut Mencarut Mencarut

Salam,

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.

Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.

Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya. Saya sendiri pun suke kehidupan sempoi2 ni. Bak kate Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe bro. Please lah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.

Disclaimer : artikel tidak ditujukan kepada seseorang yang spesifik, malah untuk semua pembaca, saya pasti semua orang pasti pernah mencarut samada sengaja atau tidak. Saya sendiri pon pernah. Saya mengaku. If ade yang tak puas hati or nak berbincang, saya sangat alu2kan, kalau malu pon, boleh PM kat mane2. Fb ke, Ym ke, or emel sentiment_dunker[a]hotmail.com


Jazakumullah,

ibnulatef

Leeds

26.10.2009

Advertisements

17 Comments

Filed under Renungan

17 responses to “Mencarut Mencarut Mencarut

  1. thanx cik becky.. mmg siot la entry ko.. bukan mencarut ye, tp itulah tajuk entrinye.. haha

  2. salam. tumpang iklan kejap

    wahai becky. bagi email la ye. senang nk contact.

    sori ye tuan rumah. susah nak contact die; ym xjumpe, blog die xle post komen, profile xde email, no fon xde, fb xnk bukak dan sbb confirm die akan jenguk sini..heh

  3. hahaha…

    my email : glorybecky@gmail.com 😀 ngeh3

  4. pernah denga ceramah politik yg mencarut
    mlgnya dia jadi wakil rakyat
    mlgnya aku rakyat itu

    ohhh~~~

  5. haha.. soh wakil rakyt ko bace artikel ni la..

  6. sitinuraliajaffar

    tul 2..sume owg pnh mncarut ni..xde yg xpnh..yg ckp xpnh 2 hipokrit je..owg mlatah pn da mencarut..mnusia cde yg perfect.tul xckp lia ni?so,ubh la jgn jdikn ia stu tabiat

    • jannatulwardah

      salam..
      “sesungguhnya, kata-kata itu mencerminkan akhlak seseorg.”
      jika baik kata2nya, baiklah akhlaknya..insyaAllah.

  7. ismailtauhid

    salam
    sesungguhnya itu seburuk2 perkataan. jauhilah kita semua daripadanya..taubatlah segera untuk orang yang masih mengamalkannya.
    amin.

  8. ismailtauhid

    ana sokong

  9. to joegrimjow,
    rasa2nya macam tahu2 je sape yg anda maksudkan..~_~
    saya pun rakyat wakil rakyat itu~

  10. Salam,

    Tahniah saudara. artikel yg menarik.
    😀

  11. sue

    sangat suka artikel ni.

  12. khabib al farabi

    salam…

    tahniah br0 artikel ni…
    aq nk tambah skit..

    “PERKATAAN YG BAIK dan pemberian maaf LEBIH BAIK dripada sedekah yg diiringi tndakan yg mnyakitkan.Allah mahakaya,maha penyatun..”
    (Al-baqarah:263)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s