Pengunaan Facebook

Salam,

Terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang penggunaan Facebook. Pandangan2 tersebut datang dari blogger yang terkenal seperti Ustaz Zaharudin dan Ustaz Hasrizal Jamil. Kadang-kadang apa yang dilontarkan ada benarnya juga tentang penggunaan FB. Termasuklah diri ini sendiri, terkadang menyimpang niat dalam penggunaan FB. Diharap rakan-rakan mengambil intipati penting dari kedua2 blogger ini :

1 ) Potongan pertama dari artikel dalam Zaharuddin.net, klik disini untuk artikel penuh.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk (penggunaan FB) :-

a – Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b – Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c – Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d – Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e – Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main’ atau tidak.

f  – Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main’ atau tidak.

g – Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

2) Potongan kedua dari artikel dalam Saifulislam.com, klik disini untuk artikel penuh.

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

Sumber : Zaharuddin.net dan Saifulislam.com

ibnulatef

Leeds

07012010

Advertisements

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s