Dua Artikel Mendapat Hits Tertinggi


Salam,

Dengan rendah dirinya saya nak berkongsi dengan rakan-rakan tentang dua artikel yang saya tulis baru-baru ini. Yang pertama tentang 10 nasihat untuk orang bercinta dan Mencarut Mencarut Mencarut. Kedua-dua artikel ini mendapat hits paling tertinggi selama saya berblogging ini.

Oleh kerana saya adalah salah seorang artikel editor di Iluvislam.com, setiap kali masa saya ditugaskan untuk menerbitkan artikel di website tersebut, saya biasanya akan mengambil artikel sendiri. Dengan cara inilah salah satu cara yang terbaik untuk saya berdakwah.

Untuk artikel pertama, statistik menunjukkan 11166 hits, dan dikomen sebanyak 96 kali. Tapi saya tidak terlampau terkejut kerana memang lumrah remaja-remaja zaman sekarang menyukai artikel-artikel bab cinta.

Hits Artikel Cinta

Untuk artikel yang kedua berkenaan dengan mencarut, baru sahaja dua hari diterbitkan di Iluvislam.com, mendapat sebanyak 1972 hits dan 24 komen.

artikel carut hits

Manakala di blog saya sendiri, biasanya puratanya hits adalah sebanyak 25 hits sehari. Tetapi apabila saya linkkan blog saya di website Iluvislam.com, ia menjadi sebanyak 145 hits.

Hits Graf

Mesti semua pelik kenapa tiba-tiba je saya bagitau tentang hits2 blog ni? Sebenarnya apa yang nak saya sampaikan disini ialah kita sebagai seorang islam perlu mencari peluang untuk berdakwah dari apa segi yang kita boleh. Macam saya, amat susah saya nak beri public speaking atau berceramah dikhalayak ramai. Memang tergagap.

Jadi, saya boleh menulis untuk menegur, menasihati dan memberi peringatan terhadap pembaca. Bayangkan sebanyak 11000 orang membaca artikel saya, kalau nak disamakan seperti ceramah forum yang dihadiri oleh puluhan ribu orang.

Satu lagi yang penting, kepada blogger2 yang mempunyai blog masing2, saya nasihatkan anda semua cuba serapkan nilai2 baik dalam penulisan anda. Sekurang-kurangnya ada  daripada takda.

Saya memahami ramai diantara blogger menggunakan blog untuk meluahkan perasaan (infact, saya sendiri pon buat camtu), tapi cuba kalau boleh ada juga penerapan nilai2 baik. Tak perlu ade tazkirah ber hadis atau berayat quran pun. Sekadar mengajak kepada kebaikan pon sudah cukup baik.

Saya harap entri ini adalah faedah untuk anda semua. Saya tak mengharapkan anda semua komen. Tapi yang saya harapkan ialah semua pembaca dapat mengambil faedah daripada isi-isi yang saya sampaikan, agar saya juga dapat mendapat saham diakhirat kelak. InsyaALLAH.

ibnulatef

Leeds

27.10.2009

Advertisements

4 Comments

Filed under Pengalamana

4 responses to “Dua Artikel Mendapat Hits Tertinggi

  1. wan nf

    “ud’uu ila sabili rabbika bil hikmati wal mau’izatil hasanah. wajadilhum billati hiya ahsan..”

    tahniah! feel proud of u =8) bgs.. teruskn usaha bdakwah..

    p/s: oo.. ptt aritu challenge aku nk stat visitor counter n blog hit same2.. nk stat dr kosong ye.. ko ltk blog link kt i luv islam. mane aci. klu lwn pn mst la ko mng. haha

    • alamak.. ye tak ye gak.. aku lupe! haha.. nih. kalau ko ade artikel menarik, noleh je aku masukkan dlm iluvislam, so dat ramai orang masuk blog ko.. cepat2, bagi aku artikel..

  2. Congrats Thaha 😉 Nanti boleh apply Google Alert untuk research trading topik utk ur next entry kat IluvIslam.Com 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s