Azamku pada tahun ini

IMG_0354

Salam,

Sudah seminggu diari tahun akhirku berlalu, setakat ini aku berpuas hati terhadap segalanya yang telah dikurniakan ALLAH swt. Aku bersyukur atas segala nikmat-nikmat kemewahan yang telah diberikan. Sebenarnya Allah nak uji aku dengan kemewahan yang aku dapat. Sejauh manakah aku bersyukur kepadanya.

Nikmat kemewahan harta, anak pinak, tanaman dan lain-lain seperti yang telah difirmankan oleh oleh ALLAH taala dalam surah Al-Baqarah ayat 155 :

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.

Macam biasa, setiap manusia, bila masuk tahun baru akan mula memasang azam-azam mereka tersendiri. Aku juga setiap tahun ingin memasang azam, agar aku menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.

Kali ini, aku nak pasang azam yang lebih spesifik. Supaya aku dapat mengingatkan diri aku supaya dapat melakukan perkara tersebut dengan mudah. Lebih tepat lagi, aku nak ubah habit aku, memandangkan aku sekarang dah ada di tahun akhir di universiti ini.

Namun, tujuan aku menulis disini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk yang aku ni baik sangat, tapi lebih kepada mahu berkongsi dan pada masa yang sama, nak motivate orang juga. Kalau tak, tak jadila fungsi blog ni kan?

Apa pun semua azam atau impian yang dipasang mestilah dengan kesungguhan. Kalau setakat nak tulis je, bayi kecik pon boleh buat. Kita tak boleh nak harapkan orang lain kalau nak berubah, kita sendiri yang kene ubah diri sendiri. Seperti firman ALLAH swt dalam Surah Al-Ra’du ayat 11 :

11.Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.

Leeds Photos Dad Camera 022masjid belakang rumah

Ok, aku akan mula dengan 3 azam aku yang terbesar pada tahun ini. Ianya semua merangkumi amalan fardiku dan habit pembelajaranku. Antara azamku :

Berusaha untuk solat jemaah walau apa keadaan sekalipun.

Kalau nak dikirakan, memang aku patut solat di masjid 5 waktu sehari semalam, memandangkan jarak masjid dengan rumahku hanya la lebih kurang 100 meter. Tetapi mungkin kalau sebab kene ke kelas, ataupun ade keuzuran yang lain, aku tak dapat ke masjid untuk solat jemaah.

Jadi, aku berazam untuk berusaha mengajak sesiapa disekeliling aku terutamanya housemate aku, ajak diorg solat berjemaah sekali.

Kalau masa kecik-kecik dulu dekat rumah, mak aku memang pantang kalau aku tak pergi solat surau. Tapi kadang-kadang aku malas aku buat ‘deekkk‘ je. Huhu. Dont do this at home, very dangerous. Tapi sekarang ni baru aku rasa penting seorang lelaki itu berjemaah ke masjid.

Mak aku banyak kali bagitau, Rasulullah nak bakar rumah orang lelaki yang tak pergi solat jemaah ke masjid. Berkenaan dengan perkara ini. Ada hadis rasulullah tentang perkara ini kelebihan orang yang solat jemaah.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” (Hadis riwayat Bukhari)

IMG_0355

Perbanyakkan membaca buku terutamanya buku study.

Sebelum ini, aku banyak tangguhkan pembacaan aku pada last minit sebelum nak exam. Aku rasa kebanyakkan lelaki banyak buat cara ni. Kalau otak brilliant takpela. Kalau macam aku ni, bahaya kalau buat macam tu sebenarnya. Tapi Alhamdulillah so far, menjadi lagi teknik tu.

Untuk tahun ini, aku nak cuba baca setiap tajuk sejurus selepas aku keluar kuliah. Tambahan pula, tahun ni banyak modul aku memerlukan pembacaan. Kenela jadi nerd skit.

opened_quran

Menyentuh dan membaca Al-Quran SETIAP hari.

Memang lumrah kebanyakan manusia. Terasa nak baca quran masa musim-musim tertentu je. Contohnya masa ramadhan. Tadarus tak ingat la. Sampaikan orang yang tak mengamalkan apa yang diajar dalam al-Quran, pastu tolak pulak hukum-hukum didalamnya, bila sampai time ramadhan siap menggalakkan orang bertadarus. Apa ke halnya?

InsyaALLAH sama-samalah kita jadikan al-Quran sebagai buku bacaan harian kita, agar keberkatan hidup dapt dicapai. Allah pun sayang, sebab kita mengagungkan kalimahNya.Dan sama kita kita tegakkan apa yang perlu dibuat berdasarkan al-Quran. Tidak lupa juga kepada hukum-hukum yang ditetapkan. Jaminan Allah tetap ada. Kita hanya perlu yakin dan berusaha.

Sebagai contoh, kalau kita tulis blog panjang, pastu tiap-tiap hari ada orang buka, mestilah kita rasa seronok kan? Lain pulak kalau penat-penat tulis blog, last-last takde orang pon jenguk, mestilah rasa tak semangat.

So itulah azam yang aku ingin capai selama setahun ini, dan insyaALLAH, ia akan menjadi tabiat aku selama aku hidup. Nak berkat hidup, kena la usaha. Kalau tak usaha macamane nak berjaya kan?

Kepada yang membaca, boleh kalau nak tiru or nak remind me pasal benda ni. Anytime je, nak suruh aku remind pon ok je. Ill be more than happy to do that.

Jazakumullah,

ibnulatef

Leeds

7 October 2009

Advertisements

8 Comments

Filed under Uncategorized

8 responses to “Azamku pada tahun ini

  1. great resolutions! i like! semoga azam tercapai. InsyaAllah.. 🙂

  2. wan nf

    bagus! faiza azamta fatawakkal alallah.. gambatte! (ni da kali ke-3 aku try komen. x masuk2. xtau nape)

  3. Nice. Semoga berjaya Thaha!! Caiyok2 🙂

  4. aca

    all the best! mmg susah ntok start new things. tp klu niat kite btul n ikhlas, insyaallah Allah akan tolong.

    ganbate!!!

  5. aca

    corrections..

    “start new GOOD things”. hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s