My modules so far

Salam,

Time aku start tulis entry ni, dah 4 kelas untuk third year aku dah masuk, keempat2nya adalah 4 module yang berlainan. Basically, semuanya introduction lecture. Berikut adalah 4 module yang telah aku lalui. Dalam 2 hari (isnin dan selasa), setiap hari 2 kuliah.

Auditing

1. LUBS 3540 : Auditing and Information System.

Modul ni ajar theory camne sebenarnya cerita auditing ni. Biasenya, budak2 akaun lepas degree, akan ke bahagian auditing. Bagi sape yang tak tau, dalam bahasa yang senang, audit ni lebih kurang cek penyata kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat tu betul tak. Auditor la yang kene cek. Kerja ni memang susah awal2.

Untuk module ni lecturer aku seorg greek (Greece). Nama die pelik sikit. Kontastinos Bozos. Tapi name panggilan Kostas. Die botak tapi macho. Die lecture pon best. Cayalah Kostas!! Im the only malay in this lecture.

Modul overview

2. LUBS 3855 : Strategic Human Resources Management

Modul ni mula2 aku dengar tajuk dia, memang cam horror tak best. Tapi bile dah masuk lecture die, not bad la modul ni. Die ajar pasal camne strategi2 HRM syarikat2. Sebelum ni dgr HRM je, untuk recruit pekerja. Sebenarnya HRM la bnyak skop die. Macam2. Lecturer pon not bad la. Name die Dr Daniel Muzo. Aku rasa dia ni orang2 east europe, cam poland, czech. Tak pasti sangat. Im the only malay in this lecture.

In lecture

3. LUBS 3865 : Financial Analysis

Modul diajar oleh Mrs. Dr Camelia Vasilescu. Aku tanya coursemate aku, cara loghat english beliau seorang spanish. Aku pon tak tahu, sebab 1st time jumpa. Modul ni lebih kurang ajar kita camner nak buat report atas analisis kita terhadap financial statement syarikat-syarikat. Memang kene paham betul2 la, apa benda yang ada dalam financial statement tu.

Subjek memerlukan banyak menulis, sebab assessment dia pon memang 100% assignment. Kena hantar repot dalam awal januari ni, word limit yang dia bagi ialah sebanyak 5000 perkataan. Untuk budak accounting, 5000 ni memang banyak. huhu.

In lecture2

4. LUBS 3800 : Transition Economies in the New International Business Environment

Nih satu lagik modul yang cuak bila first time dengar. Mana taknya, tajuknya dah la pelik, panjang berjela pastu ada perkataan economics plak tu (aku memang fobia ngan economics – perosak result a-level aku dulu). Tapi bila masuk lecture dia je, again, not bad la.

Basically dia ajar macamana keadaan ekonomi di eropah timur. Macam negara Poland, Chezh, Slovakia dan sewaktu dengannya. Lecturer bernama Dr Hanna Gajewska-De Mattos. Pelik tol nama. Dalam lecture dia bgtau la nape nama dia camtu. Beliau seorang polish (poland), so dua nama terawal adalah nama polish beliau. De-Mattos tu sebab beliau kahwin dengan brazilian, so surname die tu diambil dari suaminya.

Kesimpulannya, aku seronok dengan modul2 tahun ni. Kesemua modul memerlukan pembacaan yang banyak. Pelik untuk third year ni memang dia tak bagi banyak pilihan untuk numerical modul. Apapon, aku berazam nak strugle betol2 tahun ni. Menyesal dah apa yang terjadi sebelum2 ni. Doakan kejayaanku ya.

smiley_geek

sentiment_dunker

Leeds

30/09/2009

Advertisements

5 Comments

Filed under Pengalamana

5 responses to “My modules so far

  1. Seronok lak tengok orang new sem. tak sabar nak new sem balik! haha.. sem ni pun lom habis..ngekeke..

  2. muahaha.. sbnarnya aku tkdela sronok sgt.. saje je nak bg motivasi kt diri ni, bagi belajar btol2.. hahaha..

  3. peliknye nama drg.
    time belajar dulu. awal 1st n 2nd year,bile test, kene isi name lecturer kt front page , sbb byk section..
    name salehuddin bin ibrahim pon kadang2 leh lupe..

    blom lg nama cam drg ni. lagi serabut kot..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s