Selamat tinggal

Salam,

Selamat tinggal Malaysia,

Selamat tinggal keluargaku,

Selamat tinggal sahabat-sahabatku.

Alhamdulilah setelah tiga bulan mengganggur di rumah, kini tibalah masanya untuk aku kembali berjuang meneruskan sisa-sisa perjuangan untuk menghabiskan degree aku di University of Leeds. Sepanjang masa ini, banyak kenangan manis yang tak akan aku dapat dan ia adalah nikmat berkeluarga. Akan kurindu hubungan ini sepanjang setahun aku tinggal di Leeds nanti.

Anak Saudara

Dengan melayan kerenah anak saudaraku, lawak abangku dan isterinya dan kasih sayang ibubapaku menjadi penghiburku selama ini. Kemeriahan hari raya yang hampir lima tahun tidak kurasai, dapat kurasai pada cuti musim panas ini. Alhamdulillah.

https://i0.wp.com/www.sktmntasik.edunet.my/imsktmntasik/1239420937.gif

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat lamaku di sekolah rendah dahulu. Terutamanya yang selalu menghubungiku selama ini seperti En Azizul Helmi (Ejoy), Azizul Hasyim (Bob), Farhan Karim (An) Ikmal Hisyam, Zulhusni, Faisal and Aini (Aca), Alif Rozaimee, Cik Akmal Jasni (Glory Becky), Cik Wan Nurfarihah dan Cik Raihanah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang lain. Korang semua memang memeriahkan percutianku selama ini. Terima kasih sahabat.

Diharap persahabatan kita tidak berhenti setakat ini sahaja. Semoga ia berkekalan walaupun diri ini berada nun jauh di perantauan sana. Sekalipun tidak dapat bertemu secara fizikal (dalam masa setahun ni) kita boleh berjumpa secara maya seperti di YM, Facebook, Friendster ataupun email. InsyaALLAH. Doakan kejayaanku. Amin.

KL

Akan kurindu juga suasana rumah, bilik, kesesakan Kuala Lumpur, kehangatan cuacanya. Yang akan paling kurindui menonton EPL di rumah bersama rakan-rakan dan keluarga. Semuanya akan menjadi kenangan manis yang terpahat di ingatanku.

Aku akan bertolak dari KLIA pada jam 1930 pada hari jumaat, 25 September 2009. InsyaALLAH. Doakan perjalananku selamat sampai ke destinasi.

Jadual perjalanan (waktu tempatan ) :

Kuala Lumpur – Dubai [1930 – 2220]

Transit di Dubai [2220 – 0755]

Dubai – Manchester [0755 – 1225]

Manchester – Leeds [1330 – 1430]

Perjalanan dilakukan bersendirian. Rakan-rakan semua sudah selamat sampai di sana. Segala perkembangan perjalanan akan diupdate dari semasa ke semasa.

sentiment_dunker

Dubai

28 Sept 2009

15 Comments

Filed under Pengalamana

15 responses to “Selamat tinggal

  1. wan nf

    isk2.. terharu nye aku sbb jd pengkomen pertame.. gegege.. ade 2 kesalahan yg obvious dlm karangan ini. pcutian 3 taun –> patutnye 3 bulan. kasih sayang –> ko tulih kasih saying. mekasih. haha.. sambung sembang kt ym plak 😀

  2. Azizul Hasyim

    ahahaahah..ada lak anak murid cikgu burn ni dlm bentu wan nurfarihah!sedey2…good luck bro..all the best!nanti aku dtg jenguk ko kat sane….love(pray for me in me final mate ok?!)

  3. alamak ye ke? salah penggunaan bahasa.. mati arr aku kalau cikgu burn bace.. ok ok aku baiki..

  4. aku pun terharu gak…. selamat study thaha..

    p/s: apakah aku ni..’selamat study’..
    boleh ajaaa…. =p

  5. haha.. thanx ikmal.. apa2 aja..

  6. tunggu aku di Leeds (aka Chow Kit) Thaha!! :)) bestnya travel..

  7. akan kutunggu dirimu di chowkit mu itu =P

  8. wan nf

    ikmal: selamat belajar, la tutt. bkn slmt study. hehehehu.. sibuk je aku

  9. wan nf

    bob: well.. =8)

  10. kepada Mantan Ketua Pengawas Pustakawan,

    Terima kasih sebab:

    1. maklumat bhw anda adalah mantan ketua saya.
    2. kad raya dengan duit raya sekali.
    3. zikir yg diberikan.

    Good luck, bro 🙂 nampaknya ko grad dulu. Pergh! Jeles kot 😛

    Cik Taitanah [Alamak, hilang “R” la]

  11. wah rai.!! ko ade blog lain plak.. bagus2.. sama2 atas segala2nya, gudluck yee atas final year ko di uum tu, hopefully sama2 bjaya tahun dpn..

    apsal lak aku grad dulu, bukn sme ke? apsal Taitanah plak, back to basic ke? yng kite ni berasal dr tanah.. huhu..

    cik coach? ewww.. name..

  12. Haruslah ade blog.. haha.. aku pun nak ade blog jugak.. bwhaaaks. Tapi aku tak letak name sbnrlah.. bahaya kot.

    mmglah hbs june 2010, tapi gradnya pada bulan 10.

    Cik Coach sebab tak mampu nak beli handbagnya.. Mahal kot. So, jgn ko report kat Coach Company yang aku guna brand name dorang. Harusku disaman nanti.

    Bahayelah ko ni. Taw je aku back to basic. Pure basic.nges.nges.nges..

  13. tkleh letk name sebenar.. biaselah, org hot.. sume nak kacau.. haha.. jgn risaula, tkde de aku nak repot kt coach sebb gune name die.. accountant dont really care about rights, we only care about money3… haha

    • tak hot.. tapi hangit telinga, mata dan sesak otak bila ade pendengki2 kat luar sane yang defisit pemikirannya.

      nway,Rights boleh bagi duit. tak gitu?

      Ejejeje… Lemah aku ngan duit2 ni. Kan Wan? Lawyer2 mengeletar lutut bila sebut pasal matematik ni… Ahaks..

  14. btol gak tu.. rights can be bought/sold easily.. dats really d reality nowadays..

    money and rights, sometimes they r contadict, sometimes they r related each other.. aduh, berfalsafah plak aku.. silap2 amek phd plak aku ni.. haha..

    anywy, jgn dilayanlah, jika ada yg mnghangatkan telinga tu.. stay cool n chill sudey.. =)

Leave a reply to cik coach Cancel reply