Sedih baru nak kembali pada Allah?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam,

Pertama sekali aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga sahabatku semasa di sekolah menengah dahulu di Kelantan atas kematian sahabatku. Dikatakan membunuh diri di tali gantung. Tetapi sehingga hari ini aku masih bersangka baik dgn beliau, dianayai. Sukar nak percayai seorang yang berpendidikan agama, yang tahu akibat azab di akhirat, aku tidak merasakan beliau sengaja membunuh diri.

Allahummaghfirlahu war hamhu waa’fihi wa’fuanhu…

Ditambah lagi dengan satu kejutan dalam hidupku. (Maaf, ia tidak dapat diceritakan kerana terlalu peribadi).

Firman ALLAH dalam surah (Al-Baqarah : 155 )

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.

Kali ini aku ingin menulis tentang bagaimana sifat typical kebanyakan manusia apabila berhadapan dengan ujian. Sudah ramai aku berjumpa dengan jenis manusia yang hanya dekat kepada ALLAH semasa mereka menerima ujian buruk, tetapi selepas ALLAH memberikan kesenangan dengan ujian yang baik, mereka terus melupaiNYA.

Dikatakan melupai disini bukan terus lupa kepada ALLAH sampai jatuh murtad, tetapi lupa untuk menjadi lebih dekat kepada ALLAH selepas ALLAH menarik kembali ujian tersebut.

Memang lumrah manusia, akan merasai ingin kembali kepada ALLAH jika ditimba musibah (ujian). Hatta seorang peminum arak, penjudi, penzina dan sewaktu dengannya dengan mudah akan berubah sekelip mata (dengan izin ALLAH) menjadi seorang a’bid (org yg beribadat) apabila ditimba musibah.

Aku disini ingin mengajak rakan–rakan dan sekalian dan saya senadiri untuk berfikir sejenak :

‘’Mengapakah semasa aku ditimba musibah dahulu, aku sangat dekat kepada ALLAH, tetapi apabila ALLAH berikan kesenangan kepadaku, aku semakin lebih jauh dari ALLAH, dengan melakukan maksiat dan sebagainya.??’’

Seorang kekasih kecewa ditinggalkan kekasihnya, kecewa lalu pergi ke surau mengadu dengan ALLAH.

Seorang anak menangis kematian ibubapanya berazam untuk menjadi anak soleh dengan beramal ibadat sepanjang hayat.

Seorang isteri kecewa diceraikan suami, memohon kepada ALLAH atas ketenangan sepanjang hidup.

Seorang pelajar yang GAGAL dalam matapelajarannya, menangis teresak-esak dan rasa ingin dekat kepada ALLAH.

Tetapi persoalannya, berapa lamakah usaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH bertahan, adakah hanya semasa ditimpa musibah sahaja?

Semua nikmat adalah pinjaman dari ALLAH. Semua musibah juga pengukur sejauh mana iman dan taqwa kita terhadap ALLAH.

Insaflah sahabat.

Jazakumullah

ibnulatef

15 Sept 2009

Advertisements

9 Comments

Filed under Renungan

9 responses to “Sedih baru nak kembali pada Allah?

  1. Salam,

    Thanks Thaha utk entri yang baik ini. Memang tak dapat di nafikan hati manusia ni penuh dengan bolak balik. Memang tak dinafikan bila kita susah kita cara sejadah, lebih pada hari-hari di mana kita gembira.

    Semoga perjuangan kita untuk mendekatkan diri ke jalanNya, tak pernah terpadam, hanya kerana satu titik cahaya dalam selautan kelam yang kita fikirkan kesusahan. Semoga dalam satu titik cahaya itu, menjadikan kita syukur kerana masih ada cahaya dalam suram. Dan mampu pula kita guna cahaya itu untuk mendatangkan kebaikan kepada orang lain..

    Resam manusia memang begitu. TAPI, menjadi tanggungjawab sendiri untuk berjuang melawan alpa dan lupa ni, sebab pada akhirnya, hidup ni hanya persinggahan. Matlamat hidup yang satu, ialah mencari tempat untuk kehidupan yang abadi di sana nanti ^_^

    Teruskan menulis, caiyok-caiyok 😀

    Selamat Hari Raya Thaha. Tunggu aku di Leeds! (cewah cm pergi Chow Kit je kan? ) Ha Ha Ha

  2. nice comment frm cik becky.. thanx..

    Selamat Hari Raya.. Moga Leeds anda menjadi Chow Kit Road.. u know wut i mean.. hehe

  3. aca

    huhu terase diriku ini.. trase jgk susahnye nk istiqamah. huhu

  4. samela kita aca.. aku tulis sebb pernah berlaku kt aku gk.. 2 x 5 je.. tp takpe, kita usaha mnjadi lebih baik.. tkpe2, aku pcaya aini tu.. die bdk baik.. haha

  5. aini

    huhu..baik la sgt. aku pon notice, waktu yg paling susah utk ingt allah waktu gembira. tp bile sedey. snang je ingt. huhuh..

    Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat, yang mereka itu tetap mengerjakan salatnya. ([70] 19-23)

    p/s: aca dh jd pembace setia 😛 bagusla dr asik tgk spontan kt u tube je. hihi!

  6. haa.. kan aku dah kate.. aini budk baik, kalau tk baik, tkkan la smpai kluar ayat quran pastu tgo aca jgn tgk spontan je.. dengar tu aca.. haha.. jd ‘cupid’ lak la..

  7. aini

    hahah!abeh la nnt die mara sbb heboh kan die tgk spontan kt u tube. xpe, die masih beradu lg skang ni.

  8. ala sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula? lu pikirla sndiri..

  9. aca

    alaa.. kan rmi org da tau da psl spontan.. abesla…:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s