Skop Ibadah?

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam,

Aku nak kongsi apa yang aku dapat semasa tazkirah selingan tarawikh oleh seorang ustaz. Pasal ibadat. Dalam al-Quran ada menceritakan tentang mengapa manusia mencipta jin dan manusia? Iaitu tidak lain kecuali untuk beribadat (Surah Azzariyat : 56 ).

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dulu masa kecik2 aku ingatkan beribadat ni hanya apabila kita solat, puasa, zakat, haji, gi masjid. Kirenya keluar masjid je, kita buatlah hal masing-masing, kalau seorang peguam pergi ke mahkamah, selesaikan kes di mahkamah, pemain bola ke stadium bermain bola, politician pergi ke parlimen setelkan hal2 rakyat.  Last2 kalau diorg nak beribadat, peguam, pemain bola, politician ke masjid solat.

Jadi mananya yang dikatakan beribadat apabila mereka (yang disebut di atas) semasa mereka membuat pekerjaan mereka?

Selepas aku menghadiri kursus MYC (Muslim Youth Camp) di Kolej Yayasan UEM, baru aku sedar, sebenar semua yang kita lakukan dalam hidup kita boleh jadi ibadat jika menepati syarat2 tertentu.

Sebelum kita pergi kepada syarat2 ibadat, kita mestilah melihat pecahan ibadah. Ia terbahagi kepada 2 iaitu Ibadah Khusus dan Ibadah Umum.

Contoh ibadah khusus ialah seperti solat, puasa, zakat. Haji dan sewaktu dengannya.

Manakala ibadah umum adalah seperti makan, minum, kerja, tidur dan sebagainya.

Kelima-lima syarat tersebut mestilah ada dalam perlakuan kita jika kita mahu ia dikira sebagai ibadah  :

1)      Niat Mesti Betul

2)      Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat

3)      Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat.

4)      Natijahnya memberi Manfaat

5)      Tidak Meninggalkan Ibadah Asas

Kita lihat dalam realiti zaman sekarang, implementasi ibadah hanya disempitkan dengan perkara2 yang berkenaan dengan ibadah khusus sahaja.

Sampaikan masjid hanya dijadikan tempat solat, bukan tempat peyebaran ilmu. Mahkamah syariah diasingkan dari dari sistem mahkamah konvensional, mahkamah syariah hanya menguruskan hal-hal agama sahaja seperti perkahwinan, penceraian sahaja.

Padahal dalam kitab feqah melingkupi semua hal, termasuklah attoharoh (kebersihan), ibadat, muamalat (pergaulan dn transaksi sesame manusia) dan jinayat (jenayah&hukuman).

Dalam soal aurat pun sama (tidak kira lelaki atau wanita), ramai manusia zaman sekarang hanya memakai tudung semasa majlis2 yang melibatkan keagaamaan, seperti solat, perkahwinan dan kematian.

Didalam berpolitik juga, politik diasingkan dengan agama. Sebenarnya didalam islam juga ada politik, tidak boleh dikecualikan.

Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan politik : siasah, menurut Ahmad Atiatullah di dalam ‘Al-Kamus Al-Siasi’ Darul Nahdhat Al-Arabiah, halaman 661. Siasah ertinya;

“Hal ehwal pentadbiran Negara atau usaha kearah mendapatkan kekuasaan untuk memerintah.”

Dalam kefahaman yang lain, siasah bererti;

“Mengurus pemimpin umat dan mengambil berat (bertanggung jawab) mengenai urusan mereka.”
– Jabran Masud, Al-Raaid, Darul malaiien, Beirut, ms 795-

Syariah islam adalah lengkap. Jika mahu Islam, anda hendaklah mengambil kesemuanya, bukan hanya mengambil juzuk2 yang memberikan kepentingan sahaja. Sifir dalam islam bukan sifir matematik, 5 -1 = 4 bahkan 5 – 1 = 0.

Firman Allah dalam surah (Al-Baqarah : 208)

208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya

Jadi sedarlah rakan2 sekalian, yang kita ini sebenarnya, duduk didalam suasana ‘sekularisma’ seperti yang diwar2kan oleh Mustafa Kamal Attarturk selepas menjatuhkan khilafah Islamiyah. Jika kita menyedari hal ini, maka secara automatiknya kita akan dapat membezakan yang mana yang islam dan yang mana yang islam celup.

Maaf jika entri ini membuatkan anda semua meluat. Tapi itulah hakikatnya.

Jazakumullah

Ibnulatef

14 Sept 2009

Advertisements

2 Comments

Filed under Renungan

2 responses to “Skop Ibadah?

  1. Betul Betul Betul (nada Ipin)

    Semuanya bermula dengan niat. Sebab itu niat perlu betul. Kalau niat pun dah separuh hati, mana datangnya ikhlas dalam tindakan.

    ps : Kadang-kadang menung tengok seorang guru sambil lewa dalam belajar, hanya kerana merasakan beban. Dimanakah niat untuk belajar. Dan bagaimana agaknya anak didikannya. Moga-moga aku terus semangat belajar, supaya menjadi contoh pada anak-anak didik aku yang dulu. Dan moga ko pun terus-terusan semangat belajar. Caiyok-caiyok!! ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s